NEW YORK SKIN SOLUTION REVIEW.




Rasanya semua orang tahu yang kulit saya ni jenis kulit berminyak dan bermasalah.. tak pernah jumpa skincare yang bersesuaian dan macam dah jadi trend untuk saya keep on tukar skincare..

Pernah tak alami situasi macam ni..

Pakai satu product.. SESUAI

Teruskan pakai..

Lepas seminggu.. TAKDE KESAN

Muka jadi macam dulu

Sampai satu masa saya dah fedup dengan kulit muka. Pakai semua tak sesuai. Tengok against gender rasa malu betul. Maka, kalau perlu berbual.. saya akan pandang ke bawah sahaja. Bukan pandang belakang tau.

Terbaca satu iklan di dalam surat akhbar dan saya tekad nak cuba NYSS. Maka, saya heret sorang kawan untuk temankan saya..

Takpe.. kau cuba2 je.. kalau mereka promo barang. Kau tolaklah.. pujuk saya.

Maka, kami pun pergi ke NYSS branch Mid Valley..





Kulit kami di analisis.. dan saya perlukan 20X rawatan untuk dapatkan kulit yang elok.
Mereka tawarkan saya sejenis serum kulit bernilai RM50. Saya setuju. Nak cantik punya pasal.

You kerja apa miss? Saya student je..
Student banyak duit kan.. ada scholarship? Consultant itu cuba memancing sambil tunjukkan bilik rawatan.

Saya diberi satu kain untuk berkemban. Dan satu plastik untuk tutup rambut..





Mula2.. muka kita dicuci bersih.. lembut saja. Product NYSS memang tiada bau.
Lepas tu di wapkan untuk membuka liang2 pori.
Kemudian blackhead saya semua di keluarkan. Sakit sangat..
Meleleh air mata.

Selesao proses torchuring.. muka saya kini di oles dengan mask. Ada 2 jenis mask.. panas dan sejuk.. dan kemudian kita akan ditinggalkan selama 15minit..

Lepas tu.. mereka akan tanggalkan mask muka.. cuci bersih muka saya..

Sebelum berakhir, customer akan diberi 1 massage yang sangat best! Hilang stress badan.. ditambah dengan music yang sungguh mendamaikan.. kak faz bagi 10 bintang!

Selesai semua proses.. kita dibenarkan untuk salin baju kembali atau mandi. Sebelum kulit dianalisis semula..

Masa ni consultant NYSS akan kaw2 pujuk rayu..

Mula2 saya ditawarkan 20X skin treatment dengan harga RM6k.

Saya kata tiada wang sebanyak itu..

Kemudian turun kepada 10X dan kemudian jadi 5X dengan harga RM3k.

Mereka akan minta card credit atau atm card untuk terus dicaj atau sebagai deposit..

Kalau lemah iman memang terpedaya macam saya ni..

Oh.. lupa saya nak bagitau.. the next cycle korang datang.. mereka akan cuba untuk pancing lagi dan lagi.. supaya kita tambah pakej untuk rawatan..

Jadi, bersiap sedialah..

Tapi memang seronok dibelai2.. duit tu mesti ada okay! 😁

You Might Also Like

0 comments

Followers