4 SEBAB KENAPA ISTERI KURANG BERNAFSU LEPAS BERSALIN.



Assalamualaikum korang.

Hari tu, ramai yang tanya.
‘ Kenapa saya tak bernafsu untuk bersama suami. Dulu before beranak, rasa okay je. Tapi, lepas dah beranak rasa dingin je hubungan seks ‘
Persoalan ni sebenarnya adalah masalah kebanyakan wanita, tapi tak ramai yang nak bincang dengan suami mahupun orang yang dipercayai. Sebab rasa malu dan tak ingin orang luar tahu mengenai kelemahan itu. Kita tak boleh salahkan isteri semata2 tanpa tahu sebab apa isteri rasa macam tu.
Di sini, saya nak ulas sebab-sebab utama kenapa para isteri kurang rasa ghairah nak bersama suami.

1. Terlalu letih atau penat bekerja.
Zaman sekarang ni, ramai para isteri yang bekerja sebab nak bantu suami uruskan kewangan keluarga. Pergi kerja 8pagi dan balik 5petang, nak balik pun bukan boleh terus straight balik ke rumah, tapi ada yang nak menempuh jam lagi. Silap2 sampai rumah pukul 7malam.
Sampai rumah pulak, bukan boleh terus rehat. Ada yang ambil anak dari pengasuh. Sampai ke rumah, nak siap2 kan anak pastu siap2 nak makan malam. Kalau anak dah sekolah walaupun pra-sekolah, masa ni lah nak mengajar anak2 tu membaca pula kan?
Jadi, bila malam.. suami dah jeling2, ada para isteri terus masuk delta wave dah. Tidur nyenyak sampai esok baru bangun. Mulakan semula rutin harian pergi kerja dan balik kerja.
Ni bukan pasal suka hati dia je cakap dia terlalu letih dan tidak mahu berintim.




2. Multitasking
Tadi kita sentuh pasal isteri letih bekerja pastu trapped dalam jam kan ? Tak ambil kira lagi, kalau isteri tu sedang mengandung atau pun breastfeeding mother. Dalam kereta pun, ada juga ibu2 yang mengepam susu tau sementara terperangkap dalam jam.
Bayangkan isteri bangun setiap 3 jam untuk mengepam susu je (exclusive pumping mother) . interrupted sleep in between memang akan buatkan isteri letih. Kalau breastfeeding mother, cuba para suami perhatikan, berapa kali isteri anda tukar posisi tidur kejap pusing kanan, kejap ke kiri.
Sebab tu, ada kes ibu tertidur sambil susukan bayi. Bila terjaga, baby tersedak susu. 
3. Suami tak memainkan peranan, kurang masa bersama.
Orang perempuan ni tak macam lelaki. Sebelum isteri anda nak bermanja, ada button turned on yang korang mesti switch on dulu. Buatkan isteri air milo panas, urut dulu badan dia yang letih tu, borak bersama dan bagi isteri meluahkan perasaan ataupun korang boleh tengok movie bersama. Supaya isteri lebih rilkes dan selesa.
Seks dengan isteri bukan macam pasang TV tau? Kalau tv, switch je dan bila2 masa pun boleh. Hihi
Kadang2 penting untuk bawa isteri spend masa untuk travel. Minda yang tenang, hati pun gembira. Barulah layanan memuaskan. 





4. Kurang memuji isteri
Para isteri ni kan, sebenarnya ada je yang low self esteem. Lepas bersalin, body dah tak fit macam dulu, otot badan mula kendur, spare tyre sana sini. Sampaikan nak mandi pun kadang2 dapat 5 minit je. Para suami mesti mainkan peranan, pujilah isteri.. cakaplah

Sayang tetap cantik di mata abang
Sayang masak apa2 pun mesti sedap. Tak pernah tak sedap
Walaupun berat sayang berlebihan, sayang tetap istimewa di mata abang.

Barulah isteri anda cair kan?

Kalau isteri anda letih, bagi dia masa untuk me-time. Supaya dia tak stress uruskan hal rumah tangga. Para suami pun boleh ambil peranan untuk uruskan baju2 yang tak berbasuh, iron baju, memasak ataupun uruskan anak2. Baru isteri tak terkejar2 nak uruskan hal rumah.

Kalau Nampak juga isteri tu letih je, macam orang tak cukup zat.. bolehlah korang hadiahkan isteri2 #energeticsetshaklee ataupun kalau dia menyusukan anak korang tu, bagi dia #breastfeedingset. Tapi nothing beats #vivixshaklee. The whole day akan energetic.hihi

Isteri gembira, keluarga bahagia!

You Might Also Like

0 comments

Followers